1SABAH's Followers

New Dota CLan !! S2D Dota Clan ??


 " Win Or Lose No Matter , just play smart & smooth, give all your strength, sure can kill !! "
Come on like us at our facebook, 

p/s The page shown from left
i ) Slithereen Guard (Slardar)
ii) Nevermore ( Old- Shadow Fiend ) (New - Yaphets )-This is old Nevermore
iii) Venomancer 
iv) Tinker
v) Pudge ( Butcher )






Walaupun kumpulan WAI sudah lama tersingkir dalam Maharaja Lawak ..namun kita kena ingat, sekiranya kumpulan ini masih bergelar kumpulan 'Kecik' dalam Maharaja Lawak, mungkin mereka boleh menggegarkan lagi gelanggang Maharaja Lawak seperti apa yg telah mereka lakukan semasa dalam Raja Lawak musim ke-4,lihat video kumpulan Kecik ini semasa final Raja Lawak ke-4, & lihat apa kesalahan mereka yang telah mereka lakukan semasa dalam Maharaja Lawak..
JOM KITA TENGOK VIDEO DI ATAS INI ...

Maharaja Lawak kini telah bermula..bagaimana pula dengan prestasi wakil Sabah yang telah menjuarai Raja Lawak musim ke-4, Kecik yang kini digandingkan bersama Idlan yang juga telah mendapat Naib Juara dalam Raja Lawak musim ke-4 dan bertukar nama menjadi kumpulan WAI. Namun begitu, tidak ketinggalan juga kepada Alex, iaitu salah seorang peserta Raja Lawak musim ke-4 dan telah mendapat tempat ke-tiga. Apakah pula telatah lucu yang akan dilakukan oleh mereka ini ? Jom saksikan video Maharaja Lawak ini ...







Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu...memang keutamaannya..Gunung Kinabalu iaitu merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara adalah merupakan salah satu tumpuan pelancong sebaik sahaja mencecah kaki ke Sabah Negeri Di Bawah Bayu. Tidak sah kalau melancong ke Sabah tetapi tidak melawat ke Gunung Kinabalu..Rugi bah .. bak kata pepatah orang dusun.. nanti kempunan...

Gunung Kinabalu yang terletak di SabahMalaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut. Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara.di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m), Puncak Jaya (4884 meter),Puncak Trikora (4730 meter) dan Puncak Mandala (4700meter) di Indonesia. Dan Gunung Kinabalu jugalah gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu.
Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara. Ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua India, sementara Puncak JayaPuncak Trikora, dan Puncak Mandala pula terletak dibenua Ocenia. Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak tertinggi di "Oceania".Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian “Oceania” - disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.
Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinyasemangat mereka selepas meninggal dunia.

Di Sabah, terdapat beberapa bahagian yang telah dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu :

i)    Bahagian Kudat
ii)   Bahagian Pantai Barat
iii)  Bahagian Pedalaman
iv)  Bahagian Sandakan
v)   Bahagian Tawau

Bagi setiap bahagian-bahagian ini pula tebahagi pula kepada beberapa daerah di Sabah iaitu bagi :

Sabah





Asal-usul nama ‘Sabah’ diperolehi daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai ‘pisang saba’ iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil "SABBAH " atau "SAPPAH" oleh masyarakat kaum Bajau, yang sangat popular dibuat pisang goreng. Pisang ini banyak ditanam di sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan. 'Pisang saba' juga dikenali sebagai 'jaba' oleh masyarakat Bajau di negeri tersebut. Kini 'pisang saba' lebih dikenali sebagai pisang menurun.Menurut legenda dari masyarakat Bajau di Ѕabah, perkataan SABAH mula-mula digunakan oleh masyarakat Вajau di sekitar antara pesisir pantai barat dan pantai timur Ѕabah hinggalah ke kepulauan Ѕulu pada zaman dahulu dan telah mengambil keputusan untuk menetap di tempat tersebut iaitu Ѕabah dan enggan kembali ke Ѕulu apabila pertahanan dan tentera Кerajaan Ѕulu di Tawi-Tawi yang merupakan Pusat Pertahanan Terakhir Kerajaan Sulu telah mengalami kekalahan di tangan tentera Sepanyol yang ketika itu sedang berperang dengan Кerajaan Sulu dengan bantuan tentera British dan Kerajaan Brunei.Datu Paduka Mat Salleh pahlawan Sabah terbilang bersama-sama dengan pengikutnya yang terdiri daripada pahlawan-pahlawan Bajau ,Ѕuluk dan Irranun telah mendarat di Kinabatangan. Sewaktu sampai di Kinabatangan mereka telah menjumpai pohon-pohon pisang yang tumbuh subur di kawasan Sungai Kinabatangan. Mereka tidak mengetahui nama sebenar dan jenis pokok pisang yang mempunyai buah yang bersegi-segi dan agak besar itu.Dalam bahasa Bajau di Ѕabah, buah pisang disebut sebagai Sabbah atau Sappah. Mereka seringkali menyebut dan menamakan tempat yang mula-mula mereka tempat itu sebagai Sabah dan nama itu terus digunakan dalam bahasa harian mereka sehingga ia digunakan untuk merujuk negeri yang ada pada masa sekarang.

Nama 'Sabah' pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh para pedagang yang mengembara di antara Kepulauan Borneo Utara hingga ke kepulauan Sulu di Selatan Filipina. Pendek kata, nama 'Sabah' telah pun digunakan sejak sebelum kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan British lagi.
Setelah negeri Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, nama 'Sabah' telah ditukar kepada 'Borneo Utara' secara rasmi pada tahun 1881. Ibu negeri Sabah yang pertama ialah Kudat ( 1881 ). Walau bagaimanapun, nama 'Sabah' kembali digunakan pada tahun 1963 selepas negeri tersebut menyertai Malaysia.
Catatan puisi Jawa Nagarakertagama yang dikarang oleh Prapancha pada tahun 1365 menyebut Sabah sebagai 'Seludang'. Dalam catatan Marco Polo sewaktu beliau singgah di Borneo, Sabah (Brunei)ketika itu dikenali sebagai "BURNI" yang mungkin merujuk kepada Brunei.
Masyarakat Dusun turut mempunyai versi cerita mengenai nama Sabah iaitu diperolehi daripada perkataan 'sawa' atau 'sava' id siba do tongus' bermaksud kawasan hilir yang kerap berangin merujuk kepada kawasan Kota Kinabalu dan kawasan-kawasan pantai. Panggilan ini masih digunakan oleh masyarakat Dusun merujuk kepada perkampungan di hilir sungai.

[sunting]