Welcome to 1Sabah Blog !!
Radio Online Sabah
Blog Archive
Feedjit
1SABAH's Followers
Walaupun kumpulan WAI sudah lama tersingkir dalam Maharaja Lawak ..namun kita kena ingat, sekiranya kumpulan ini masih bergelar kumpulan 'Kecik' dalam Maharaja Lawak, mungkin mereka boleh menggegarkan lagi gelanggang Maharaja Lawak seperti apa yg telah mereka lakukan semasa dalam Raja Lawak musim ke-4,lihat video kumpulan Kecik ini semasa final Raja Lawak ke-4, & lihat apa kesalahan mereka yang telah mereka lakukan semasa dalam Maharaja Lawak..
JOM KITA TENGOK VIDEO DI ATAS INI ...
Di Sabah, terdapat beberapa bahagian yang telah dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu :
i) Bahagian Kudat
ii) Bahagian Pantai Barat
iii) Bahagian Pedalaman
iv) Bahagian Sandakan
v) Bahagian Tawau
Bagi setiap bahagian-bahagian ini pula tebahagi pula kepada beberapa daerah di Sabah iaitu bagi :
Asal-usul nama ‘Sabah’ diperolehi daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai ‘pisang saba’ iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil "SABBAH " atau "SAPPAH" oleh masyarakat kaum Bajau, yang sangat popular dibuat pisang goreng. Pisang ini banyak ditanam di sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan. 'Pisang saba' juga dikenali sebagai 'jaba' oleh masyarakat Bajau di negeri tersebut. Kini 'pisang saba' lebih dikenali sebagai pisang menurun.Menurut legenda dari masyarakat Bajau di Ѕabah, perkataan SABAH mula-mula digunakan oleh masyarakat Вajau di sekitar antara pesisir pantai barat dan pantai timur Ѕabah hinggalah ke kepulauan Ѕulu pada zaman dahulu dan telah mengambil keputusan untuk menetap di tempat tersebut iaitu Ѕabah dan enggan kembali ke Ѕulu apabila pertahanan dan tentera Кerajaan Ѕulu di Tawi-Tawi yang merupakan Pusat Pertahanan Terakhir Kerajaan Sulu telah mengalami kekalahan di tangan tentera Sepanyol yang ketika itu sedang berperang dengan Кerajaan Sulu dengan bantuan tentera British dan Kerajaan Brunei.Datu Paduka Mat Salleh pahlawan Sabah terbilang bersama-sama dengan pengikutnya yang terdiri daripada pahlawan-pahlawan Bajau ,Ѕuluk dan Irranun telah mendarat di Kinabatangan. Sewaktu sampai di Kinabatangan mereka telah menjumpai pohon-pohon pisang yang tumbuh subur di kawasan Sungai Kinabatangan. Mereka tidak mengetahui nama sebenar dan jenis pokok pisang yang mempunyai buah yang bersegi-segi dan agak besar itu.Dalam bahasa Bajau di Ѕabah, buah pisang disebut sebagai Sabbah atau Sappah. Mereka seringkali menyebut dan menamakan tempat yang mula-mula mereka tempat itu sebagai Sabah dan nama itu terus digunakan dalam bahasa harian mereka sehingga ia digunakan untuk merujuk negeri yang ada pada masa sekarang.